Friday, June 19, 2009

~~~&(*&^&(##$!!~~~~


~~ Apabila kamu ketemu dengan persimpangan yang mempunyai simpang kiri dan simpang kanan.. Pasti kamu akan terfikir, jalan mana yang mungkin patut kamu tuju..? Adakah ke kiri? Atau patut kah ke kanan..?

~~ Selepas kamu nekad untuk membuat pilihan jalan yang kamu tuju, lalu kamu terus ke arah itu tanpa sebarang rasa syik syakwasangka mahupun was-was.. Lalu kemudian kamu ber"tawakal" pada Tuhan semoga jalan yang di pilih adalah jalan yang betul..

~~ Selepas beberapa ketika, kamu pun sedar bahawasanya kamu telah tersilap pilih jalan. Yang mana jalan yang sepatutnya kamu ambil adalah jalan yng bertentangan.. Lalu kamu mengeluh, lalu kamu menyesal, lalu kamu menyalahkan sekeliling kamu atas keputusan yang pernah kamu buat @ ambil sebelum ini..

~~ Kenapa kita kena ada kepercayaan pada keluarga? Pada sahabat..? Kenapa apabila kamu berada dalam keadaan itu, kamu seakan-akan tidak mampu berfikir, tidak mampu untuk berbuat sesuatu demi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku...

~~ Paling sedih, kenapa apabila kamu memilih sesuatu keputusan, kamu tak mampu untuk berfikir dengan lebih jauh, dengan lebih jelas, dengan lebih matang..? dan kenapa seteah kamu mengambil keputusan secara matang, kenapa masih ada kesilapan? kenapa masih ada kelemahan dalam sesuatu keputusan.?

~~ Sedih apabila mengetahui keputusan yang kamu buat tu, salah sepenuhnya..

Sedih...
Sedih...

No comments:

Post a Comment