Monday, October 12, 2009

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL...

Ayat-ayat ni aku dapat bila ada orang yang forward pada aku. walhal, telah aku warning pada semua, jgn forward pada aku apa-apa benda yang mana penyataan nya itu adalah was-was. dakwat merah fahaman aku. kalau aku salah, tolong betulkan.

_______________________________________________________________________

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL...


BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA... HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda disini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Fahaman Aku : Aku setuju dengan jawapan 1.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Fahaman Aku : Boleh, selagi belum cukup sifat bayi dalam kandungan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Fahaman Aku : SAH, sekiranya bayi belum berumur melebihi 3 bulan. Yang mana bermakna, kandungan tu beum cukup sifat.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga
melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Fahaman Aku : Aku sokong jawapan 4 SEKIRANYA kandungan si wanit sudah cukup sifat.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah
Fahaman Aku : jawapan 5 hanya akan terjadi sekiranya si wanita itu mengandung. dan balik ke jawapan 3, selagi kandungan belum cukup sifat, si lelaki sah berkahwin dengan si wanita, and they live happily ever after.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Fahaman Aku : KECUALI ayahnya dengan rela hati memberi sebahagian hartanya kepada anak luar nikah itu apabila si ayah mati... (Berperikemanusiaan lah sikit kan)

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Fahaman Aku : Ya, aku sokong jawapan 7.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Fahaman Aku : Tidak, mereka tidak boleh bernikah selagi si wanita tidak haid satu kali DAN MENUKAR AGAMA NYA KE AGAMA ISLAM.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Fahaman Aku : Setiap kita ada satu benda dalam diri yang orang tak dapat nak jajah, NIAT a.k.a NAWAITU. Kalau betul pun, si anak luar nikah tu akan terus tiada sah taraf, dan terus menjadi golongan "anak luar nikah", macamana pula dengan dia dan anaknya yang tak bersalah nanti..? MACAMANA PULA KALAU PASANGAN UZTAZ TU SENDIRI, MOYANG DAN MONYET NYA ADALAH ANAK LUAR NIKAH..? ADAKAH ISTERI UZTAZ NI DAPAT PENGECUALIAN KERANA DIA BERKAHWIN DGN UZTAZ..? MACAMANA UZTAZ TAHU YANG ISTERI UZTAZ TU BUKAN DARI KALANGAN LUAR NIKAH..?

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi dan
saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU... INSAFI LAH DIRI...

USTAZ ROSLI AL HAFIZ.

WAHAI UZTAZ ROSLI, INGATLAH, BUKAN SEMUA ORANG DATANG DARI GOLONGAN KAMU.. BUKAN SEMUA ORANG BERNASIB BAIK MACAM KAMU..

No comments:

Post a Comment