Monday, March 22, 2010

Another Moment To Share..~

Hmm..~ How I wish that i could stop the clock and then turn back the time to my highschool memories...

There's too much time to study and yet, there's too plenty things to do... Waktu tu lah kita nak kena belajar bagai nak gila nak pastikan exam yang kita hadapi dapat keputusan yang cantik, dan waktu tu jugaklah kita nak kena hadapi macam-macam dugaan dan cabaran sebagai pemuda jua pemudi dan remaja yang sedang meningkat dewasa.. Kalau boleh semua benda kita nak rasa, semua benda kita nak cuba dan semua benda kita tahu... Antara perkara yang aku ingin sekali buat di kala sekolah menengah dulu ialah ber"couple" secara rasmi, as in steady girlfriend lah...

Seperti yang semua ketahui, aku ni bukanlah datang dari family yang kucar-kacir, dan aku juga didampingi dua wanita yang istimewa, Normasilla my kakak dan Nurnazura my hard-headed sister.. Jadi, untuk mengelakkan adik dan akak aku kecewa di zaman bercinta, aku memutuskan untuk tidak meneruskan niat aku untuk ber"couple" di zaman persekolahan... Kerana aku tak nak sekiranya berlaku situasi dimana couple happen to break-up dan yang si perempuan nya kecewa, terjadi pada adik-beradik ku... Maka dengan itu, aku banyakkan kawan perempuan ku supaya aku terus gembira di sekolah...

Terjadilah satu peristiwa di mana aku menegur satu wanita yang agak "bonzai" orangnya... Rendah dari ketinggian tapi begitu tinggi dari segi akhlak seorang remaja perempuan yang masih mengekalkan nilai-nilai murni serta adat ketimuran... Malah, orang nya sungguh pendiam dan acap kali aku menyakat dia, dia tidak memarahi aku sebaliknya terus tersenyum.. Senyuman nya yang manis disebabkan ke'bonzai'annya membuat aku selalu menegur nya, apatah lagi kami sekelas.. Rambut nya yang sedikit kerinting telah berjaya meng"upgrade"kan raut wajahnya yang comel...

Tahun demi tahun berlalu... Aku telah pun dilantik menjadi seorang pengawas di sekolah.. Entah apa yang difikirkan oleh cikgu itu sewaktu melantik aku menjadi pengawas.. Perlantikan itu lebih membuka laluan ku untuk terus "mengular" sewaktu subjek yang aku tak minat sedang dijalankan di dalam kelas... Maka, banyak lah kelas yang aku jadikan port untuk aku berehat-rehat di samping menambah ilmu pengetahuan ku dalam subjek yang pqling aku minati, Maths and Add Maths...

It so happened that Antara kelas yang menjadi kegemaran ku belong to her... And so, i continued to tease her whenever i got the time to do so... And she would do the same thing again and again, smile all the way... Tak kisah berapa patah pun aku bercakap, tentang apa pun isu yang aku bawa ke tengah untuk jadikan tajuk perbualan kami, dia tetap hanya akan senyum.. Dapat dengar dia cakap sepatah dua tu pun dah cukup eloklah... And like always, she would stop me from talking after a while and she would go somewhere else to do something... Never take that sebagai suatu perkara yang mencaci atau menghina, aku akan sakat orang lain pula, yang mungkin lebih menyenangi kehadiran aku dalam kelas mereka..

Beberapa bulan lalu, aku telah ditegur olehnya di alam maya Yahoo Messenger... Pertalian yang terputus untuk sekelian kalinya ter"connect" semula... Banyak lah perkara yang dibualkan sehinggakan aku ditegur oleh ibu ku kerana masih online ketika berjalan bersamanya... Dari isu kenangan disekolah, pengalaman masing-masing belajar di universiti, hinggalah pada isu teman istimewa yang semua orang sedia maklum, aku memiliki insan istimewa bernama Elyanna...

Beberapa minggu sebelum ini, aku dikejutkan dengan berita bahawa insan ini memasang niat untuk berumah tangga dan meminta alamat kediaman ku untuk mengirimkan kad jemputannya.. Kerana mulut ku yang manis berkata-kata, aku melepaskan sahaja beberapa ayat yang seolah-olah aku kecewa dgn berita tersebut, walaupun pada dasarnya, aku gembira dgn khabar baik itu...

Lain pula ceritanya setelah dia memberikan respon pada aku petang itu.. Sungguh ku tidak percaya bahawa selama aku berkawan dengan dia, selama aku menyakat dirinya, dan selama aku "meninggalkan" dirinya untuk menyambung pelajaran ku, dia menunggu ku dengan harapan aku akan kembali dan berkata telus hati ke hati padanya.. Selama lebih 5 tahun dia bersabar menanti kata-kata dari diriku untuk menerimanya sebagai teman..

Aku terkesima.. Aku terkilan dengan perbuatan ku.. Dan aku terkejut dengan pengakuan darinya.. Sesungguhnya tidak pernah aku berniat jahat untuk menyakiti hati sesiapa.. Namun, ketulusan hatiku untuk berkawan telah disalahtafsirkan oleh nya...

Namun, apa yang berlaku telah pun menjadi sejarah.. Aku telah memiliki seseorang dan dia pula bakal dimiliki orang lain... Tidak ku menafikan bahawa terdapat secalit kerinduan padanya, tapi tidak bermakna rindu itu lebih dari seorang kawan terhadap sahabat nya..

"I nak kita berkawan.. Kerana apa yang terjadi antara i dengan u sewaktu sekolah dulu, sewaktu kita bermesra dahulu, akan i jadikan sebagai kenangan terindah dalam sejarah hidup i. Terus terang i bagitau u, i tak boleh hidup tanpa dia, tapi tanpa u, i takkan pilih jalan yang i lalui sekarang ni. Jangan u putuskan persahabatan yang kita ada ini, kerana u adalah sejarah untuk i meneruskan kehidupan bersama dirinya..."

Setiap kali aku keseorangan, ayat ini selalu "kedengaran" dalam benak otakku... Alhamdulillah, walau pun perkara ini kadang-kala menusuk fikiran ku, aku masih mampu untuk mengawal perasaan dan diri supaya terus membuat keputusan yang waras..

~~Tammat~~

1 comment:

  1. eh... blog dah idup balik!
    weh. ko sakat sape ni.... haa.. aku tak tahu pon...

    ReplyDelete