As Salam…
After had my lunch in KunThai, Petaling Garder nearby, we
went back to office.. The weather was much hotter than before as we rode down
to PJ State.. I managed to go through jammed in front of Masjid Jamek, near
Assunta Hospital with patience..
Adoyai… Tetiba speaking la plak…
Actually kan, bila otak dan akal tidak berhubungan sebaik
biasa, perkara paling biasa terjadi ialah, coretan yang tiada penghujung..
Camne lah kekadang manusia-manusia ni mampu mengharungi
perkara perkara mereka dalam kehidupan harian..?
Camne mereka mampu menemani teman hidup masing-masing
sehingga mampu meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-30 macam mama dan
papa..?
Camne lah separuh manusia ni, mereka mampu membeli sebuah
superbike, bigbike, touring bike dengan meletakkan cash depan mata, sambil
tersenyum, padahal dirumah beratur lagi 5-6 bijik, menunggu untuk dinaiki..?
( Ayat seterusnya ni takde kena-mengena dengan sesiapa,
sila jangan risau )
Camne lah separuh umat Muhammad ni, mereka mampu membelanja
kekawan mereka, makan minum seolah-olah mereka sedang membayar zakat di rumah
anak yatim..?
Camne mereka boleh berjalan jauh, tanpa perlu memikirkan
family masing masing yang ditinggalkan dirumah..?
Camne ada boss-boss ini, mereka boleh terus bekerja ditempat
yang 92 percent staff langsung tak menyukai kehadiran mereka..?
Camne mereka boleh terus berkawan, padahal kawan nya itu
amat membenci akan kejayaan mereka..?
Camne..? Camne..? Camne..??
Jom ke pertanyaan seterusnya ; KENAPA..?
Kenapa harus kita terus menjadi kuli dan hamba kepada
kerja..?
Kenapa harus bekerja, jika dengan bekerja pun, kita masih
meminta simpati..?
Kenapa meminta simpati, jika diri sendiri tak mao berubah..?
Kenapa aku MERAPU tak tentu hala, jika hati ini terus merasa
gundah-gulana..?
Aku pernah terbaca akan petikan ni ;
“ Apa Yang Paling Kita Nak, Itulah Yang Paling Kita
Takkan Dapat “
“Tidak Akan Kamu Berperasaan Gundah Walau Sekali,
Jika Kamu Tahu Apa Yang Kamu Cari”
- Sumber : Kartini
- Pelukis / Penulis : Tembakau
Kekadang aku ada jugak terasa seolah-olah, Novel dari
koleksi Majalah Ujang ni, hampir sama dengan hidup aku..
Bertapa kekadang aku menginginkan sesuatu.. Sesuatu yang
berharga, Sesuatu yang tidak ternilai dek matawang Ringgit Malaysia, namun
kalau aku hanya asyik menginginkan sesuatu tanpa ikhtiar, camne nak dapatkan…
Tapi kekadang, lain plak jadi nya.. Setelah aku berhempas
pulas.. Setelah aku dan family bersusah-payah dikacau.. Aku berjaya mendapatkan
apa yang aku ingin kan..
Tapi KENAPA bila dah dapat, kekadang rasa cam kecewa dengan
tindakan nekad itu..?
Tak pernah aku mengatakan yang Tuhan itu tak Adil.. Sebab as
we all know, Allah Maha Besar, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Mendengar,
Allah Maha Adil dan bermacam-macam lagi sebutan yang menunjukkan bahawa Tuhan
tidak pernah meniggalkan kita..
Cuma kekadang, terdetik di hati, adakah kerana aku banyak
melanggar perintah-Nya, meninggalkan suruhan-Nya, tidak mencari akan
keredhaan-Nya, aku “sedikit dipinggirkan”..?
Iye, setiap apa yang terjadi adalah disebabkan oleh kita
sendiri.. Yang baik datang dari Tuhan yang Satu, yang buruk datang dari kita
sendiri.. Tapi banyak sangatkah keburukkan yang aku buat, hingga aku berada di
takuk sekarang..?
Tak susah menjadi seorang lelaki di bumi Allah ini jika kita
tahu apa tujuan kita dilahirkan.. Aku takkan membidas akan penyataan tersebut..
Kerana tiada apa yang boleh membidas-Nya.. Namun, ingin sekali aku bertanya,
apakah tujuan-Nya menjadikan aku di bumi yang fana ini sebagai lelaki..?
Ayat mama pernah cakap kat aku “ Mama penat tau.. Mama
kena jaga hati papa, mama kena jaga hati mas, mama kena terima perwatakkan Naz,
mama kena jaga hati jo, hati Ell, Hati mama siapa nak jaga..?” Iye
benar, tak ramai orang yang boleh jaga hati sorang mak.. Bak kata mama dan
kebanyakkan buku Bahasa Melayu pun “ Mak boleh jaga TUJUH anak, tapi amat
susah untuk TUJUH anak itu nak jaga mak mereka”
Tapi kekadang tersirat di hati ni, Aku aje yang lelaki dalam
umah bila papa gi kerja.. kata terbuang, jika apa apa terjadi pada papa, maka
aku juga lah yang akan pikul sedikit sebanyak tanggungjawab yang papa dok jaga
selama ni... Aku pun punya hati... Tapi Hati aku plak sapa nak jaga...?
Aku ditemani akak aku, Cik Normasilla, adeq Emo aku, Cik
Nurnazura, dan mama ku selama aku ingat.. In fact, selama aku hidup, mereka lah
peneman aku.. mereka kawan berborak, mereka kawan simpan rahsia, mereka kawan
bergaduh, mereka kawan bermain, mereka jugalah kawan belajar..
Aku boleh meng”adapt” sifat naluri perempuan dalam kehidupan
sehari-hari aku, kerana aku lama ditemani perempuan dalam keluarga Ponijan..
Banyak gak perkara yang aku boleh ikut, mendengar rintihan
adeq jika dia dalam masalah.. berborak dengan Mas pasal dia tak dapat naik
motor lagi buat sementara waktu sebab mama dan aku masih takut nak bagi,
mendengar mama complaint pasal itu-ini...
Semua tu aku boleh serap dan “buang” dari akal fikiran
selepas mereka merasa senang..
Namun, mengapa bila aku sendiri sedang dilanda masalah, aku
tak mampu nak membuang masalah ini dari benak fikiran aku..?
Kenapa..? Kenapa..? Kenapa..?
Petikan dari cerita Soal Hati lakonan Afdlin Shauki dan Erra
:
“ Tanpa Keberanian, Mimpi itu Takkan Bermakna “
A’ah kot.. mungkin keberanian aku tak sampai level tu lagi..
- Aku belum berani nak menyentuh tanah Tahiland sejak 2003..
- Aku belum berani nak ber anak, kerana aku masih takut takut dengan perbelanjaan aku..
- Aku belum berani nak beli rumah sendiri, sebab aku bukan jenis yang duit sentiasa ditangan..
- Aku belum berani nak berhadapan dengan crowd, sebab body ku yang SEKSA nih.
- Dan Aku belum berani nak mengambil tindakan tanpa meminta nasihat sesiapa, kerana aku takut, tindakan yang aku ambil membawa kepada kerugian yang amat besar..
Senang cerita, masih banyak benda aku belum berani buat,
hasil dari segala akibat perbuatan aku sebelum ni..
Bodoh kan…??
Aku menap ni kat Microsoft Words… Ikut Words, aku dah menaip
masuk mukasurat yang ke-3 dah ni.. Tapi tak achieved apa-apa pun..
Macam GAMPANG kan…!!~
hmm...~
ReplyDeletetake care too....
Me love you too...