" I have been working since 1977 tau. i noticed ha, nowadays workers are too comfort with their jobs"
"My son right, changed to two companies already in two years"
Aku cukup tak suka bila orang bercakap macam ni.. Apa? ingat aku tak pernah pikir untuk maju ke hadapan ke..?!! ingat aku seronok kena maki dengan customer yang cukup menjengkelkan..?!! ingat aku suka asyik-asyik kena tegur sebab aku maki customer balik..?!! Orang-orang macam nilah, ~Orang Tua~ yang pikir zaman sekarang ni masih macam zaman dia lagi..
Ingat dengan SPM, ~Macam Aku, dan separuh Malaysia ni~ senang ke nak dapat kerja..?!!! Ingat kerja tu sesuka hati jer ke nak amik kitaorang kerja..?!! MACAM BAGUS..!! kalau rasa kerja sekarang terlalu comfort, pergilah cari kerja yang lebih elok..!!! Itupun kalau ada yang nak amik ko kerja lah, Umur pun dah lanjut, rupa pun dah melayut, ingat ada company yang nak amik ko kerja ke..?!!
Sedar lah diri tu.. Tak payah cakap pasal orang lain.. Aku mengaku bahawa aku menyesal yang aku tak belajar betul-betul.. Yang aku hanya ada Sijil SPM sahaja.. Yang aku sekarang ni susah nak dapat kerja.. Tapi tu bukan bermaksud yang aku terlalu manja duduk kat RHB ni..!!
Kalau ko berani cakap, ko pergilah kat luar tu, ko carikan untuk aku kerja, yang aku layak nutuk diterima, yang aku layak untuk mendapat habuan sebaik RHB bagi kat aku sekarang ni..
Korang ada Degree, Diploma.. Boleh lah crite.. nak tukar kerja ke.. tak nak kerja sebab mak bapak korang banyak duit ker.. Tapi walaupun mak bapak aku mampu nak sara aku sampai ke tua sekali pun, aku tak pulak rasa tinggi diri.. Aku tau aku bertapak di mana.. Aku tau yang keputusan aku ni, bukan seperti yang dunia Ekonomi sekarang perlukan.. Tak payah ko nak bercakap macam ko tu Expert sangat lah..
SEDARLAH DIRI TU SIKIT..!! KERJA DENGAN RUMAH DAH CAKAP 'PERGI', KUBUR KAT KAMPUNG KO TU DAH PANGGIL 'MARI..!!MARI..!!'.
Tengok-tengok kiri dgn kanan ko tu, ko sorang jer yang KERANI peringkat veteran walhal orang lain semua masih di paras Belia, yang masih mencari erti hidup yang sebenar, yang masih mencari tujuan hidup di bumi yang fana nie, masih cuba untuk BERDIRI di tempat yang "huru-hara" nie..
TERUS-TERANG AKU CAKAP DENGAN SEMUA LAH KAN.. KALAU KO RASA KO NAK BERCAKAP, TOLONG TENGOK KIRI KANAN KO.. AKAN ADA YANG TERASA DENGAN AYAT-AYAT KO TU.. AYAT MACAM BAGUS.. AYAT KEREK SERTA AYAT POYO..!!
AKU BENCI ORANG MACAM NI.. SERIUS AKU CAKAP..!!!
Tapi menyakitkan hati.. Seolah-olah anak dia jer yang rajin, anak orang lain semua pemalas, lembab, dan MANJA.. Boleh BLAH lah..!!
ReplyDelete