Ehsan Dari Berita Harian:
MACHANG: Seorang murid Tahun Satu yang meminati permainan komputer, maut akibat dilanggar sebuah kereta sebelum tercampak dan dilanggar pula sebuah bas ekspres, ketika melintas pulang dari sebuah kafe siber di hadapan rumah keluarganya di pinggir bandar ini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang di Jalan Lama Pasir Puteh-Machang itu, murid Sekolah Kebangsaan Hamzah I, Tengku Muhammad Hanif Tengku Mohd Rozi, mati sebaik tiba untuk rawatan kecemasan di Hospital Machang.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superitendan Loy Lian Lay, berkata mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu, mati akibat cedera parah pada kepala dan badannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superitendan Loy Lian Lay berkata, "Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa hendak melintas jalan di lokasi kemalangan itu, sebelum dia dilanggar sebuah kereta dipercayai Perodua Kancil yang datang arah Machang. Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak tetapi pemandu kereta terbabit melarikan diri dari lokasi. "Sebaik tercampak selepas dilanggar kereta terbabit, mangsa dipercayai dilanggar pula sebuah bas yang melalui laluan sama dari arah Kuala Krai. Pemandu bas yang menyedari kejadian itu berhenti di lokasi untuk membantu," katanya ketika dihubungi semalam.
Loy berkata, polis sudah mengambil keterangan pemandu bas itu serta meminta kerjasama saksi kejadian itu tampil membantu bagi membolehkan polis mengesan pemandu kereta yang melarikan diri untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, polis juga mahu mendapatkan kerjasama tiga penumpang yang berada dalam bas terbabit ketika kemalangan itu, untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kejadian yang berlaku itu. Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak membiarkan anak kecil melintas jalan raya secara sendirian terutama membabitkan laluan utama yang sibuk dengan kenderaan. Sementara itu, ibu mangsa, Rafazlina Deraman, 34, berkata kemalangan itu membuatkan beliau dan suaminya, Tengku Mohd Rozi Tengku Abd Razak, 43, cukup terkilan kerana hasrat membeli sebuah komputer bagi keperluan anak ketiganya itu tidak kesampaian.
Soalan Nya sekarang..
** Kenapa dibiarkan kanak-kanak ini berjalan sendirian..?
** Waktu kejadian, mungkinkah kanak-kanak ini yang melintas tak tengok kiri dan kanan, atau kenderaan terlalu laju di kawasan perumahan..?
** Kalau kanak-kanak ni yang bersalah, naper Kancil tu lari dari tempat kejadian..?
Tak berani nak komen.. Setiap insan ada jawapan, mahupun alasan bagi setiap situasi..
(^_^)
Ni Jawapan lawak untuk setiap soalan yang diberi..
ReplyDeleteTAHNIAH cik Mas.. Anda Dapat 10 Markah..!! Kuang kuang kuang