Wednesday, January 5, 2011

Tahun 2011

Hai semua...

Tahun 2011 sudah pun menjelma.. Banyak sungguh perkara telah berlaku sepanjang kita berada di 2010.. Antara yang berlaku kepada diri ku pula:

Perkara pertama yang aku membuatkan aku begitu bersyukur pada Tuhan ialah apabila 2010 berlalu tanpa sebarang kecelakaan jalanraya buat aku.. Sungguh menyedihkan hati dan "poket" bila dari 2007, aku asyik terlibat dengan accident di sana-sini.. 2007, aku accident bersama superbike ku bila satu Mercedes bodoh keluar dari u-turn tanpa memandang aku yang sebesar alam di tengah jalan.. Habis duit mak bapak aku bila CIMB AVIVA yang sial cuma untuk memutarbelitkan pampasan insuran kitaorang... 2008 pulak, aku bertembung dengan Kelisa yang keluar dari simpang.. Siul betul, dia pun cakap dia tak nampak aku yang sebesar bagak di middle lane waktu tuh.. 2009 telah m,enjadi penutup tirai buat kecelakaan yang menimpa diri bila tiada sebarang rekod terjadi, kecuali saman sebab speeding.. Fuh..! lega....~

Perkara ke-dua yang menjadi kenangan yang menarik buat aku apabila aku telah pun menjadi suami orang pada April 27, 12 tengahari to be exact.. mengucap syukur apabila aku hanya perlu melafaskan sekali sahaja akad nikah.. Sejak dari tarikh itu, aku memulakan langkah baru dengan "memimpin" orang lain, isteri ku sendiri ke jalan Islam.. tidak dinafikan, aku sendiri pun masih belajar dalam dunia ini.. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar...

Yang paling menarik buat tahun 2010, aku kenal erti nilai sebenar RM1.. Bertapa susah untuk mendapatkannya, dan bertapa rasa geram apabila terpaksa mengeluarkannya dari poket demi sesuap nasi.. Fuh..!! Sakit jugak waktu memula nak start tuh.. Tetapi, aku berjaya jugak menguruskan diri aku sendiri tanpa bantuan sesiapa.. Bagi sesetengah pihak, usaha aku ni agak lambat, dan terlalu lewat untuk seorang lelaki.. Tapi, the hell with it, aku yang tengah belajar, betul tak..? Lambat atau cepat, itu adalah keupayaan masing-masing.. mana boleh dibidas perkara sedemikian.. kan kan..?

Perkara yang paling penting pula aku belajar ialah, sepanjang tahun2010, aku dah dapat mengenal pasti siapa kawan, dan siapa lawan... bukan senang nak "tangkap" siapa diantara kawan-kawan kita yang jenis tikam belakang kan... Sejak aku terkena dengan kawan sendiri, kini aku lebih berhati-hati dlaam memilih kawan, dan mempercayai mereka..

Kalau nak diikutkan, banyak benda yang kita belajar sepanjang hari, samada secara langsung, atau pun tidak.. Kalau kita nak tulis semua tu, maybe tak muat 100MB dalam blog nih..

So, renung-renungkan, dan selamat beramal...

Hehehehe...~

-=Johan=-