Thursday, November 12, 2009

Closed Untill Further Notice

Dukacita dimaklumkan bahawa aku akan menutup blog ini buat sementara waktu sehingga notis seterusnya...

Ini disebabkan penggunaan Internet yang terhad dirumah dan di office yang mana router di rumah telah dipanah petir dan untuk menunggu router yang seterusnya akan mengambil masa selama 6-7 hari...

Sekian, Wassalam....

Wednesday, October 14, 2009

The Voca People


Well, u guys should see this video... Just go to Youtube.com, and write there : THE VOCA PEOPLE.. sure there will be a few videos for your enjoyment.. Happy seaching and happy viewing.. bubbye..!~

(^_^)

Monday, October 12, 2009

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL...

Ayat-ayat ni aku dapat bila ada orang yang forward pada aku. walhal, telah aku warning pada semua, jgn forward pada aku apa-apa benda yang mana penyataan nya itu adalah was-was. dakwat merah fahaman aku. kalau aku salah, tolong betulkan.

_______________________________________________________________________

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL...


BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA... HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda disini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Fahaman Aku : Aku setuju dengan jawapan 1.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Fahaman Aku : Boleh, selagi belum cukup sifat bayi dalam kandungan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Fahaman Aku : SAH, sekiranya bayi belum berumur melebihi 3 bulan. Yang mana bermakna, kandungan tu beum cukup sifat.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga
melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Fahaman Aku : Aku sokong jawapan 4 SEKIRANYA kandungan si wanit sudah cukup sifat.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah
Fahaman Aku : jawapan 5 hanya akan terjadi sekiranya si wanita itu mengandung. dan balik ke jawapan 3, selagi kandungan belum cukup sifat, si lelaki sah berkahwin dengan si wanita, and they live happily ever after.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Fahaman Aku : KECUALI ayahnya dengan rela hati memberi sebahagian hartanya kepada anak luar nikah itu apabila si ayah mati... (Berperikemanusiaan lah sikit kan)

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Fahaman Aku : Ya, aku sokong jawapan 7.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Fahaman Aku : Tidak, mereka tidak boleh bernikah selagi si wanita tidak haid satu kali DAN MENUKAR AGAMA NYA KE AGAMA ISLAM.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Fahaman Aku : Setiap kita ada satu benda dalam diri yang orang tak dapat nak jajah, NIAT a.k.a NAWAITU. Kalau betul pun, si anak luar nikah tu akan terus tiada sah taraf, dan terus menjadi golongan "anak luar nikah", macamana pula dengan dia dan anaknya yang tak bersalah nanti..? MACAMANA PULA KALAU PASANGAN UZTAZ TU SENDIRI, MOYANG DAN MONYET NYA ADALAH ANAK LUAR NIKAH..? ADAKAH ISTERI UZTAZ NI DAPAT PENGECUALIAN KERANA DIA BERKAHWIN DGN UZTAZ..? MACAMANA UZTAZ TAHU YANG ISTERI UZTAZ TU BUKAN DARI KALANGAN LUAR NIKAH..?

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi dan
saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU... INSAFI LAH DIRI...

USTAZ ROSLI AL HAFIZ.

WAHAI UZTAZ ROSLI, INGATLAH, BUKAN SEMUA ORANG DATANG DARI GOLONGAN KAMU.. BUKAN SEMUA ORANG BERNASIB BAIK MACAM KAMU..

Monday, September 28, 2009

Superbike Dah Sihat.. Hehe..!~

Selepas hampir tiga bulan minggu motor berada di rumah tanpa dapat kemana-mana sebab tak nak orang tgk motor aku tersongket bahagian belakang, maka tamatlah tempoh berkabung.. Motor aku siap di repair pada tepat pukul 1 tengahari tadi...

Dari sisi belakang kanan...

Dari sisi belakang kiri...

Engine Guard yang sudah diganti...

Perhatikan tayar aku.. Tayar baru sekali tuh... Sakit poket... huhuhu..!~

Ni pulak gambar dari belakang...

Bahagian muka nie, tak ganti.. Tunggu ada rezeki lebih bila nak Repaint balik motor, aku simen lah bahagian nie...

Ni pulak keadaan motor ku tercinta waktu nak tukar fairing belakang tu...

Nampak tak ada sebijik motor kat belakang yang togel tu.. Itu lah motor aku...

Memandangkan ada suara-suara halus yang memberi aku sedikit perikemanusiaan pada malaun yang langgar aku, makanya bahagian belakang chassis yang bengkok kami tegakkan semula secara manual...


Alhamdulillah, segalanya di woksyop berjalan dengan lancar... Cuma satu jer yang aku terkilan sikit...

- Kalau ko adalah jenis yang mengkotakan janji, aku tak kisah.. Tapi bila ko dah janji, tetiba cerita putar belit, tu yang menyakitkan hati dan perasaan... Apa salahnya kalau ko dengar betul² apa yang aku cakap sebelum ko panik tak tentu hala..

- Bila dah buat silap, sila akui kesilapan ko instead of meletakkan kesalahan ko pada orang lain.. Hormat pada diri sendiri kalau ko nak orang hormat pada ko..

- Kalau tak, BUKAK LAH KOPIAH SERTA SERBAN yang melilit kepala ngko tu seolah-olah ko bagus sangat dalam perihal agama...


Sunday, September 27, 2009

Abang Te dah Balik..


Harini Abang Te dah pun balik ke Pontian... Huhu.. Aku rindu dgn budak gila tu.. Nasib baik dalam umah ni ada sorang lagi budak gila bernama Nurnazura... Tak lah aku terasa sunyi sangat.. Ntah macamana, Naz bleh plak sampai umah pukul 8.05 pagi tadi.. Pelik gak aku, camana dia leh sampai umah pagi-pagi camtu..? Dia kuar umah pukul berapa..?

Ini Cerita Semalam:
Semalam aku memang plan nak bawak Abg Te gi jalan-jalan pun.. So, tepat pukul 9.30 pagi semalam aku dah kejut dia nak gi Breakfast dgn budak-budak Terjah Bikerz kat Bangi Kopitiam..
Okay lah, dia cakap budak-budak motor yang aku ikut nih leh tahan gak gila diaorang..

Pas sahaja makan-makan, kitaorang pun beransur pulang. tapi bukan untuk pulang terus..! Hehe..!~ Aku bawak Te gi Summit, semata-mata nak lawan 2 game Bowling kat tingkat atas tu.. Tak sangka woo..!! Aku kalah dua-dua game..!! Cam s**t jer..

Then, kitaorang gi betulkan spek mata aku plak... Sementara nunggu kan spek siap, aku mintak mama datang Summit sekali, jalan-jalan dgn kitaorang.. mama sampai waktu kami tengah sedap melahap Teppanyaki pulak tu.. muahahaha...!!

Pas makan, kitaorang divert ke Sunway Pyramid plak.. Since that just now, waktu Abg Te menang mama tak nampak, dia nak rematch.. Tapi takkan aku nak cakap yang aku ngaku kalah kan..? So, aku cakap kat Te, supaya kita main Archery dulu..
-Kena cover letih gak beb.. Kalah tau, segan s**t..!!-

Masa bowling dah tiba, Abg Te bukan main lagi confident campak bola bowling tu.. Sekali semua masuk longkang daa...!! Muahahahaha..!! Aku rasa tu markah kitaorang paling sikit.. Aku dapat 56 jer, Abg Te dapat 58.. Kuang kuang kuang... Muahahahaha...!!~

Pas selesai main 2 game bowling tu, mama kena call-up untuk menghadir kan diri ke masjid... Jadi aku dgn Te pun gi lah makan rojak.. hehe..!~

Penat gak arr jalan dengan sorang tu.. Aku boleh samakan aku dan Te dgn bateri:

Abang Te : Energizer

Aku : Bateri Giant yang beli 2 percuma 1..

Dia tak tau penat lar wei..!! aku bawak dia jalan punya lah lama, dia leh stay active macam baru jap tadi dia bangun dari tidur...

Aku cerita sampai sini jer lah dulu.. Penat lah nak menaip jer dari tadi.. hehe..!~

Tuesday, September 22, 2009

Jalan² Raya Lagi...

Yeay.. Yeay.. Arini aku jalan lagi.. Tapi kali nie, aku bawak ma'am aku sekali sebab dia pun cuti arini.. Supposed semalam dia cuti gak, tapi kena OT sebab opis dia tak cukup orang.. Biasalah, dah nama kerja.. Buat jerlah kan.. :-)

Harini kita terjah IOI Mall pulak.. Tujuan asal nak cari seluar jeans Te.. Tapi last-last, jadi tempat lunch, jalan-jalan, makan-makan dan sebagainya lah... hehe..!~

Aku dah kurus kan dalam gambar nie.. hehehe..!~ Jgn lah puji.. Malu i..

Kat sini, tak banyak aktiviti berlaku since that tempat ni banyak kaum Cina dengan Keling India yang berpeleseran.. Kaum Melayu yang ada kebanyakan nya Kaum Indon.. Muahahaha..!~

So, aku nak crite lebih pun malas.. Apa kata korang tgk jer gambar yang aku dah petik guna Sony Ericsson K810i aku.. okay..?

Orang nak bergaya, dia pun nak bergaya gakz...

woo..!~ Banyak nya patung anak kucing

Cari persamaan antara patung dan yang memegang patung itu..

Apa Kehalnya nie..?

Nasib baik bukan kucing betul kan kan...

Aku dan yang tersayang

Pastu, pas kitaorang jalan kat sini, aku dan ma'am aku pun berpecah.. Sebab aku nak tgk G-Force kali ke-2 pulak.. Tapi kali nie, aku tengok dengan my dear El je lah.. hehe..!~

Sampai jer kat Summit (again..! duh..!!) waktu tu agak awal lar jugak.. Since that kitaorang dah makan sekali dengan mama and everyone, so, kitaorang jalan² jerlah menunggu masa..

One place that took my attention is this:


Nak tau apsal..? Sebab kat tempat ni, ada 4 kerusi urut yang leh kita gunakan sementara waktu.. But as for reminder, this chair is not meant to be free of charge tau..U have to pay if you want use this facility, and the price is quite reasonable..


Harga seperti yang tertera di bawah ye:

Tau tak naper aku cakap harga nya berpatutan..? Sebab kan, ko tak payah beli kerusi dari Gintell yang berharga ribuan ringgit.. Apa yang ko perlu buat, hanya isi kat dalam kerusi tu Rm1 untuk merasa kerusi tu 3 minit.. Jadi lah kan..? Janji ko dapat rasa kerusi tu, tul tak..?
Tak yah crite banyak, tengok gambar yang ada kay...

Kemain rileks lagi orang tu kan kan..

Boleh tertidur tu...

Senyum memanjang...

Ni lah bentuk kerusi nya.. hehe..!~

Okay, itu sahaja berita buat hari ini.. okay..? Ada berita terbaru lagi, nanti aku update kat sini eh.. Bubbye..!! (^_^)

Monday, September 21, 2009

Keluar Jalan² Jo, Naz, Mas, dan Te

Yo Yo what's up guys.. Happy Hari Raya to all my friends, not to forget, to whom that know me.. hehe.. Sorry, my English quite broken here and there.. hehe..!~

Okay, harini kitaorang kuar jalan-jalan raya.. hehe..!~ Our destination, Mid-Valley Megamall.. Woo...!!~ Hehe..!~

So, aku ,Naz, Mas, dan Te pun sampai lah kat sana.. Plan asal, nak gi tengok wayang crite G-Force. Ala.. Crite yang pasal hamster a.k.a Guinea Pig yang chomel-chomel belaka tu.. hehe..

Kat sini tempat aku parking kereta.. Takut tak jumpa punya pasal macam tempoh hari waktu aku datang sini, aku pun petik lah gambar.. hehe..!~

Sekali tu, bila Mas dengan Te dah sampai hampir dgn kaunter tiket GSC tu kan, leh plak diaorang announce kat PA SYSTEM, yang G-Force dah kehabisan tiket sampai ke malam.. So, apa lagi, maka nya jalan- jalan jer lah waktu tu...

Kat Centre Court, ada lah back-drop macam gambaran umah kampung, hasil ilham dari Dato' Lat.. So, situ lah tempat kami menghabiskan masa... nak tengok..? Jap eh..

Te bergambar kenangan di kampung halaman.. muahahaha..!~

Mas dengan ayam-ayamnya..

Dari kiri : Mas, Te dan Jo yang chomel

Tak nak bagi peluang kat orang keliling amik gambar...

Aku dan Te

Te bersama teman rapatnya, En. Kambing.

Sesi bergambar lagi..

Inilah jejaka yang kiut.

Kat tepi tangga kampung kitaorang.. muahahaha...!~

Apsal lah Te tutup pintu umah hari raya nie..?

Yeay.. Yeay.. Dapat tangkap ayam..

Te dan kekasih gelapnya, En. Lembu Betina.. (Macam tau jer betina @ Jantan)

Pas buat group meeting sambil makan ice-cream, kitaorang pun decide untuk balik ke Summit USJ jer untuk tgk wayang... Apa punya turrr.... Punya lah jauh plan nak gi tgk wayang.. Last-last, wayang yang dekat dengan umah gak yang jadi pilihan.. muahahahah...!~
Apo nak di kato...

Monday, September 14, 2009

Tagged from Farhana

Tagged this category from Farhana.. Thanks sis...

Boy 4
Used to be classmates. The first guy yang ada guts dan courage untuk approach saya. I was very sombong back then, only hi hello to certain people heh. Called my house phone a couple of times. Used to give me presents, hand made cards. Lost his keys time dia hantar barang to my house, sampai his Mother kenal lah saya, malu! Haha.

From all the list, "boy 4" really took my attention.. hehe.. The good old days.. Miss my high school and would love to be in that moment again and again... Hehe..!~

huh..!

Aku tak tau kenapa dengan arini.. Rasa keboringan jer dari pagi hingga lah sekarang... Ntah apa yang mengganggu pikiran..

Tadi ada cerita dgn akak sebelah cubicle, tajuk nya "Perlu ke balik kampung during Raya..?"

Isi Pertama:
Aku tak suka balik kampung sejak orang mula mempertikaikan saiz body aku nie.. Naik motor, orang kata tayar pancit. Bila naik keta, orang kata absorber rosak.. Aku benci balik kampung.. Mulut orang kampung macam c**ai..!! tak reti jaga mulut..!! macam bagus..!! Dah tahu duduk kampung, buat kerja kampung, macamana nak gemuk dan gebu..? Kerja main-main.. Nak kerja, kerja.. Tak nak kerja, duk umah melepak, buat anak..! Pastu cukup masa, masuk TV3, mintak simpati orang sebab duit tak cukup nak bagi anak seramai 7 ORANG makan.. Gila apa....!!!? Segemuk-gemuk aku pun, aku tak mintak mak korang makan. Aku masih mampu nak beli makan untuk aku, ma'am aku dan sapa-sapa yang aku nak belanja..

Isi Kedua:
Orang tak suka balik kampung sebab nanti orang kampung suka tanya pasal muka orang.. "Naper lah muka awak ni asyik tumbuh jerawat jer..?" Eh, muka orang, sukati orang lah.. Dah jerawat nak naik, bukan orang mintak..

Isi Ketiga:
Nak wat camane.. Dah memang kampung husband.. nak tak nak, kena mengadap muka mak mertua tu.. suka tak suka, kita kena suka kan jugak... Korang lum tahu sebab korang lum kahwin.. Macamana sekalipun, kita kena gembirakan anak-anak tul tak...?

Isi Keempat:
Aku tak suka balik kampung sebab nanti bapak aku sibuk suruh aku gi umah sedara keliling kampung, pastu ramah-mesra mintak maaf.. Nak buat apa..? Aku bukan ada buat salah kat diaorang, yang aku kena mintak maaf kat diaorang.. Malah, diorang yang buat salah kat aku sebab suka ngumpat, ngutuk pasal saiz badan.. Tak habis-habis saiz badan yang jadi bahan.. Aku pun tak paham apsal...


So, itu adalah sebahagian daripada apa yag dibualkan tadi.. Apakata korang letak comment korang.. Aku nak korang bagi faktor-faktor korang pulak untuk
"Perlu ke balik kampung during Raya..?".. Okay..?

Thanks for reading this useless thread.. Nevertheless, I'm happy when I can share my thoughts with someone. Not literally, but a least, aku leh lepaskan hampir separuh perkara dari dalam benak fikiran aku sendiri..

Saturday, September 12, 2009

Bakal Model Underwear.

Hehehe.. korang tgk gambar nie dan perhatikan betul-betul.... Inilah bakal model Underwear untuk mewakili rakyat Malaysia ke persada Dunia... muahahaha...

Aku ambik gambar nie kat umah nenek angkat aku kat Bandar Tun Razak... Dia baru jer bangun dari tidur nie.. Disebabkan aku lah tu, kalau tak, mesti dia masih di alam mimpi... hehehe..!~

Jalan-Jalan IKEA

Hai..Hai..Hai.. Arini aku nak story sikit ttg hari aku dari lah buka puasa sampai sekarang nie.. hehe..!~

-Balik jer kerja tadi, aku sempat balik umah untuk mandi sementara menunggu Cik Wani kiter siap untuk datang jemput akudan Naz.. Hehe..!~ Pompuan datang amik jantan.. Memang dunia dah nak terbalik nie..

- So, tadi kitaorang buka kat KFC yang sebumbung dgn Petronas USJ 21.. Nak tunjuk gambar, apa yang kami makan tadi tak kesampaian sebab aku tak berminat nak petik.. Sekor-sekor makan macam gergasi yang tak makan 5 hari.. muahahaha..!~

- Pas makan dan minum, dan lepak bercerita depan sisa-sisa makanan, kitaorang pun decided nak jumpa mama di IKEA & IKANO Shopping Centre.. Mama datang ke sini korang nak tau utuk apa? Semata-mata nak belik kuh raya "tunjuk" a.k.a Kuih beli.. Maka bermula edisi petik memetik gambar sewaktu mama tgh sibuk memilih kuih.. hehe..!~






Memandangkan mama khusyuk memlih kuih, aku pulak dah penat nak diri, aku pun pergi lah kat salah satu "perahu" yang ada kat situ.. Kat sini pun leh tahan gak perjuangan nak petik gambar tu.. Nak tengok..? Jap ea...





Pas je mama pilih kuih yang dia nak, kitaorang pun across jalanraya untuk masuk balik ke IKEA... Masuk-msuk jer pintu kan, ada lah pulak replika umah kampung untuk ditayangkan pada semua.. Maklum-lah, ada sesetengah orang bandar ni, kampung pun dia tak tau camne rupa...









Pastu, kitaorang pun mem"blah" kan diri kitaorang untuk pulang ke rumah.. Dan aku pulak terus mengadap"lappy" aku utuk update kan DIARY MAYA ku ini.. hehe..!~
Good night Everybody.. Sweet Dreamzzz....