Wednesday, September 28, 2011

Panggilan yang Sengal..

Salam semua.. Ada satu lagi yang aku nak share nih.. Jom baca kalau rajin, dan BOLEH BLAH kalau malas nak membaca. After all, blog kan seumpama diari maya, so nak tAk nak, baca aje lah..~

Pukul 12 malam tepat tadi, aku dapat one from call from my other phone.. This number tak semua orang ada sebab ni no private aku.. Opis pun aku tak bagi, ko tau dak..~

Aku angkat phone, dan aku mulakan dengan:

aku : "Hello...."

dia : "siapa ni"

Aku : "Eh, ko yang call, ko nak cakap dengan sapa..?"

dia : "Tak, ni sapa..?"

Aku : "Aku tanya ngko, ko nak cakap dengan sapa dan sapa ko..?"

dia : "Sapa kat sana..?"

Aku : "Eh mat, lu dah call, lu ada berani nak tanya banyak kali sapa aku..?? Lu dah la call baik punya midnight, ganggu aku, lu lagi mau tanya macam-macam.."

dia : "Eh, jawab telefon tu tak bleh baik sikit ke..? Kena ke kurang hajar plak..?"

Aku : "Ko cakap aku kurang ajar..? Ko call malam-malam buta ni, dengan takde bagi salam, takde nak kenalkan diri, ko cakap aku kurang ajar..? Sapa ajar ngko..??"

dia : "Okay-okay.. Assalamualaikum.."

Aku : "Waalaikumsalam, ko sapa dan ko nak cakap dengan sapa..?"

dia : "Tak, saya tanya sapa ni..."

Aku : "Ko call aku, ko bagi nama ko dulu.. Apa ko tak blajar ke adab telepon orang..?"

dia : "Takpelah, terima kasih.."

Aku : "Chow"

** Ko rasa, sapa yang bengap, sengal dan siul sekarang..?? Aku ke malaun yang call nih..??


Haish...!!~

Ntah Pape Jew..~

Hai...

Jumpa lagi kita dalam blog aku yang serba tak update ni kan..

Kali ni nak bercerita tentang "ketua-ketua" opis yang hampeh plak..

** Semalam ada meeting di opis.. Sudah lah dikata start meeting pukul 4.30 petang, tapi pukul 5.05 petang pun masih tgh nak sign-sign attendant meeting.. Then, bermula lah minit-minit yang membosankan.. Antara perkara yang aku nak highlight kat sini:

"I'm very particular bout your attendance eh.. U guys masuk cepat, put your name then go makan breakfast.. I tell you what, why not u datang awal like me, then you can have your breakfast.. If not, then bungkus your breakfast and eat in the office.. I dun mind one.."

Ko sendiri pun masuk lewat, pukul 8.30 kekadang pukul 9 tak masuk lagi, ada hati nak warning orang lain bertapa ko amik berat tentang kedatangan pagi..??!! Then, dah la masuk lewat, leh plak ko keluar balik dengan minah cina senget tu, gi breakfast pastu balik opis pukul 10.. Apa Celupp...!!~ Ko ingat orang buta ke tak tengok tindak tanduk ngko..?? Bangang..~

"Please ah.. Don't smoke down there beside the motorbike with RHB t-shirt.. Really look messy down there.. I turun 9.15 ada orang smoking, i turun 10 pun ada, i turun 10.30 pun ada.. Dun look good for the company you know.."

Eh, orang turun rokok ke, turun nak amik angin ke, sebabnya kat atas tu jangan kan nak bernafas, nak KENTUT pun tak lepas tau..!!~ bertapa sempit dan semput nya opis ngko tu, macam kandang kambing..!! Lagi satu, kenapa ko turun kerap sangat..?? Ko pun nak merokok gak kan..? Nak lepak gak kan..? Hell, ko pun nak ngular gak kan..?? Ko kan salah sorang belas Marketing, sure ko pun ada buat semua tu dak..?? Bengap..~

"Please put one clinic that nearest to your house.. Since you guys like to take MC, i want from your favorite clinic.. If you take too much MC, i'll submit your name to HR so that HR can ask you to go for Full Medical Check-Up.."

Aiyo, apa bodoh sangat beb..!!~ Umah aku mana ada klinik.. Yang paling dekat pun kat umah mak aku.. Kat situ plak ada 5 panel klinik yang aku leh amik MC... Dan kalau aku amik MC kerap sekalipun, apa ko ingat HR nak check..?? Banyak benda lain yang dia nak buat selain tu laa...~ Then, kalau aku cakap aku tension, stress, apa guna HR antar aku for Full Medical..??
Aku stress duduk dalam opis ko tuh.. Dah la sempit, sama macam fikiran ko.. Ko plak cakap camni, menambahkan lagi kenytaan yang ko tak layak amik jawatan ko tuh..~

Kesimpulannya kan, boss yang ada bengap.. Dan didatangkan pula dengan MELAYU YANG NAK HAPUSKAN MELAYU, maka cukuplah pakej, tenaga kerja yang tak efisien.. Itu pasal la ko tak dapat nak bagi komitmen yang baik terhadap kompeni ko sendiri.. Tu pasal lah, ko hadapi banyak masalah bawah jagaan ko.. Tu pasal lah, KO TAK LAYAK PEGANG JAWATAN SEBAGAI SEORANG BOSS..~

Aku rasa sampai sini aje lah dulu.. Jari aku dah penat nak taip dengan iPhone4 aku ni ha.. Rasa cam nakin lama, amarah aku makin tinggi dan makin lama, makin kechik plak aku nampak setiap satu huruf yang aku nak taip nih...

Kita tunggu next episod..

Zassssss...!!!!~

Monday, September 26, 2011

Hidup untuk berhutang..? Or Berhutang untuk HIDUP..?

Kekadang aku confuse dengan istilah ni..

Nak tau apsal..? Sebab aku sendiri tak pasti aku hidup untuk berhutang, atau aku berhutang untuk meneruskan hidup..~

Tadi buat account belanjawan bulan ni.. Amat terseksa jiwa bila tengok, bil kad kredit aku hampir cecah RM4,000..
Tertanya gak, aku pakai melampau sangat kah..? Atau kerana untuk meneruskan kehidupan sehari-hari, aku telah menggunakan kad tu tanpa fikir panjang...

Buat account sekejap jer... Berbekalkan duit gaji yang baru dapat bulan ni, aku try untuk mem"balance"kan segala perbelanjaan aku.. Haha..~ Maka terimbang lah jua setelah membayar bil api, bil telepon, kad kredit dan segalanya..

End up, duit dalam tangan tinggal beberapa ringgit... Alhamdulillah, ada gak yang tinggal.. Dari sesetengah orang tu, terus negatif belanjawan mereka, kan kan.... Haha..~

TTFN... Ta Ta For Now..~