Monday, September 26, 2011

Hidup untuk berhutang..? Or Berhutang untuk HIDUP..?

Kekadang aku confuse dengan istilah ni..

Nak tau apsal..? Sebab aku sendiri tak pasti aku hidup untuk berhutang, atau aku berhutang untuk meneruskan hidup..~

Tadi buat account belanjawan bulan ni.. Amat terseksa jiwa bila tengok, bil kad kredit aku hampir cecah RM4,000..
Tertanya gak, aku pakai melampau sangat kah..? Atau kerana untuk meneruskan kehidupan sehari-hari, aku telah menggunakan kad tu tanpa fikir panjang...

Buat account sekejap jer... Berbekalkan duit gaji yang baru dapat bulan ni, aku try untuk mem"balance"kan segala perbelanjaan aku.. Haha..~ Maka terimbang lah jua setelah membayar bil api, bil telepon, kad kredit dan segalanya..

End up, duit dalam tangan tinggal beberapa ringgit... Alhamdulillah, ada gak yang tinggal.. Dari sesetengah orang tu, terus negatif belanjawan mereka, kan kan.... Haha..~

TTFN... Ta Ta For Now..~

No comments:

Post a Comment