Sunday, May 31, 2009

Planning for Tommorow

12.24 am - still haven't sleep yet.. Dunno what to do, switch on the laptop.. start to talk crap.

08.30 am - think maybe this time, wake already kot.. plan to go out and help the abang nasi lemak, kupas kulit telur.. at least, dapat nasi lemak sebungkus free..

09.15 am - think maybe it is the best time to wash my "Brabus".. lama dah tak kemas tang dalam keta tu.. rasa cam dah berselerak dengan resit jer tu.. hehe..

10.45 am - think maybe at this time, done with the car kot.. go and mandi one more time and turun bawah to watch some cartoon on the television.. Think maybe got Teenage Mutant Ninja Turtles.. Like that movie a lot.. lol.

11.30 am - think maybe i should go and prep my self to see my princess.. got a date to watch Night At The Museum 2.. Dunno whether the story willl be nice, or maybe i will yawn a few thousand time, friends said the movie a bit lame..

08.30 pm - think maybe during this time, i'll be at home already.. sure penat giler kalau jalan dengan adinda sorang tu.. usually, memang penat pun.. this lady kuat jalan rather than i kuat minum.. Haha..

10.30 pm - maybe about this time, i'll be in my room and take my pillow to my dreamland.. lol..


Rasa macam poyo jer plan untuk esok.. apa yang patut ku tambah untuk buat date~kuh esok lebih ceria..? Eh, apa guna kalau korang leh baca blog aku nih, tapi takleh bagi pendapat kan kan..? Senarai kan pendapat korang kat bawah, jadi esok aku ada sikit idea nak buat apa, supaya hariku lebih hangat daripada biasa *quote Hot.Fm*

Thank you and good night u'guys.. Feeling very the ngantuk already.. bubbye..

Saturday, May 30, 2009

Terminator Salvation


Yesterday went out with me sisters and her friend. went to watch this movie.. So many people at the cinema.. Hehe.. Diaorang ni kan, dah pukul 12 malam pun tak balik lagi.. Bagilah peluang pada yang tak keluar malam pulak, nak keluar untuk berfoya-foyaa... Hehe..

Overall, crite ni mmg padat dgn aksi bunuh, pukul, seksa, dan sebagainya lah.. Aku ni pulak suka jer tgk crite yang luar logik akal nie.. entah, aku memang macam ni kot.. Haha..

Paling suka pada watak Marcus Wright, yang telah dihukum bunuh pada tahun 2003, tapi telah hidup semula pada tahun 2018.. Waktu dia mati, everything was in good condition.. No violence, no machine fighting with people.. But then, waktu dia hidup semula, San Francisco dah jahanam.. Bandar yang sedia ada dah musnah, macam-macam lagi lah..

Marcus Wright dah sain kontrak dengan ~apa kenama company tu~ untuk donate body dia bila dia mati.. So, he is the only prototype, a hybrid that contains both human and machine.. Full body structure has been converted to steel wherelse he still have his brain and his heart, layers of tissue and human skin.. Wow..!! aku suka crite mengarut camni.. hehe..
Anyway, it is a nice movie.. Bring someone with you to watch it.. hehe.. At least, dapat memeriahkan lagi keadaan..

(^_^)






Thursday, May 28, 2009

Perkerja Sekrang Terlalu "Manja"..??!!

" I have been working since 1977 tau. i noticed ha, nowadays workers are too comfort with their jobs"

"My son right, changed to two companies already in two years"

Aku cukup tak suka bila orang bercakap macam ni.. Apa? ingat aku tak pernah pikir untuk maju ke hadapan ke..?!! ingat aku seronok kena maki dengan customer yang cukup menjengkelkan..?!! ingat aku suka asyik-asyik kena tegur sebab aku maki customer balik..?!! Orang-orang macam nilah, ~Orang Tua~ yang pikir zaman sekarang ni masih macam zaman dia lagi..

Ingat dengan SPM, ~Macam Aku, dan separuh Malaysia ni~ senang ke nak dapat kerja..?!!! Ingat kerja tu sesuka hati jer ke nak amik kitaorang kerja..?!! MACAM BAGUS..!! kalau rasa kerja sekarang terlalu comfort, pergilah cari kerja yang lebih elok..!!! Itupun kalau ada yang nak amik ko kerja lah, Umur pun dah lanjut, rupa pun dah melayut, ingat ada company yang nak amik ko kerja ke..?!!

Sedar lah diri tu.. Tak payah cakap pasal orang lain.. Aku mengaku bahawa aku menyesal yang aku tak belajar betul-betul.. Yang aku hanya ada Sijil SPM sahaja.. Yang aku sekarang ni susah nak dapat kerja.. Tapi tu bukan bermaksud yang aku terlalu manja duduk kat RHB ni..!!

Kalau ko berani cakap, ko pergilah kat luar tu, ko carikan untuk aku kerja, yang aku layak nutuk diterima, yang aku layak untuk mendapat habuan sebaik RHB bagi kat aku sekarang ni..

Korang ada Degree, Diploma.. Boleh lah crite.. nak tukar kerja ke.. tak nak kerja sebab mak bapak korang banyak duit ker.. Tapi walaupun mak bapak aku mampu nak sara aku sampai ke tua sekali pun, aku tak pulak rasa tinggi diri.. Aku tau aku bertapak di mana.. Aku tau yang keputusan aku ni, bukan seperti yang dunia Ekonomi sekarang perlukan.. Tak payah ko nak bercakap macam ko tu Expert sangat lah..

SEDARLAH DIRI TU SIKIT..!! KERJA DENGAN RUMAH DAH CAKAP 'PERGI', KUBUR KAT KAMPUNG KO TU DAH PANGGIL 'MARI..!!MARI..!!'.

Tengok-tengok kiri dgn kanan ko tu, ko sorang jer yang KERANI peringkat veteran walhal orang lain semua masih di paras Belia, yang masih mencari erti hidup yang sebenar, yang masih mencari tujuan hidup di bumi yang fana nie, masih cuba untuk BERDIRI di tempat yang "huru-hara" nie..

TERUS-TERANG AKU CAKAP DENGAN SEMUA LAH KAN.. KALAU KO RASA KO NAK BERCAKAP, TOLONG TENGOK KIRI KANAN KO.. AKAN ADA YANG TERASA DENGAN AYAT-AYAT KO TU.. AYAT MACAM BAGUS.. AYAT KEREK SERTA AYAT POYO..!!

AKU BENCI ORANG MACAM NI.. SERIUS AKU CAKAP..!!!

Back-Logged Filing


Haha.. Ni lah yang akan terjadi, bila u'guys diberi tanggungjawab, tetapi tanggungjawab tak dijalankan sepenuhnya.. Haha..

File kat opis aku nie dulu back-logged hanya untuk 3 minggu sahaja.. Tapi disebabkan beberapa perkara, yang tak perlu disebutkan di sini, back-logged tu jadi 5 bulan...!!! Lalu dengan itu, aku dipertanggungjawabkan untuk men"settle"kan masalah tersebut dengan assistant daripada 2 orang gadis ayu, Cik Halijah dan Cik Rozana.. Hehe..

Gambar kat atas tu, hanya sebaagian jer kot daripada apa yang dah di"settle"kan.. Bersyukur pada bantuan dua orang gadis tu, kerja aku ni dapat lah aku back-logged kan ke sebulan sahaja.. Pening woi bila atas meja hanya file, dan takde ruang untuk aku ~berfoya-foya~ kat cubicle sendiri.. Haha..

Friday, May 22, 2009

Salah Siapa Agaknya?


Ehsan Dari Berita Harian:


MACHANG: Seorang murid Tahun Satu yang meminati permainan komputer, maut akibat dilanggar sebuah kereta sebelum tercampak dan dilanggar pula sebuah bas ekspres, ketika melintas pulang dari sebuah kafe siber di hadapan rumah keluarganya di pinggir bandar ini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang di Jalan Lama Pasir Puteh-Machang itu, murid Sekolah Kebangsaan Hamzah I, Tengku Muhammad Hanif Tengku Mohd Rozi, mati sebaik tiba untuk rawatan kecemasan di Hospital Machang.


Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superitendan Loy Lian Lay, berkata mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu, mati akibat cedera parah pada kepala dan badannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superitendan Loy Lian Lay berkata, "Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa hendak melintas jalan di lokasi kemalangan itu, sebelum dia dilanggar sebuah kereta dipercayai Perodua Kancil yang datang arah Machang. Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak tetapi pemandu kereta terbabit melarikan diri dari lokasi. "Sebaik tercampak selepas dilanggar kereta terbabit, mangsa dipercayai dilanggar pula sebuah bas yang melalui laluan sama dari arah Kuala Krai. Pemandu bas yang menyedari kejadian itu berhenti di lokasi untuk membantu," katanya ketika dihubungi semalam.


Loy berkata, polis sudah mengambil keterangan pemandu bas itu serta meminta kerjasama saksi kejadian itu tampil membantu bagi membolehkan polis mengesan pemandu kereta yang melarikan diri untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Katanya, polis juga mahu mendapatkan kerjasama tiga penumpang yang berada dalam bas terbabit ketika kemalangan itu, untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kejadian yang berlaku itu. Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak membiarkan anak kecil melintas jalan raya secara sendirian terutama membabitkan laluan utama yang sibuk dengan kenderaan. Sementara itu, ibu mangsa, Rafazlina Deraman, 34, berkata kemalangan itu membuatkan beliau dan suaminya, Tengku Mohd Rozi Tengku Abd Razak, 43, cukup terkilan kerana hasrat membeli sebuah komputer bagi keperluan anak ketiganya itu tidak kesampaian.

Soalan Nya sekarang..
** Kenapa dibiarkan kanak-kanak ini berjalan sendirian..?
** Waktu kejadian, mungkinkah kanak-kanak ini yang melintas tak tengok kiri dan kanan, atau kenderaan terlalu laju di kawasan perumahan..?
** Kalau kanak-kanak ni yang bersalah, naper Kancil tu lari dari tempat kejadian..?
Tak berani nak komen.. Setiap insan ada jawapan, mahupun alasan bagi setiap situasi..
(^_^)

Thursday, May 21, 2009

Trgedi Rompakan

Apa nak jadi dengan dunia masa kini.. Sana-sini ada sahaja berlaku jenayah yang di duga datangnya.. Kenapa ada antara kita yang terlalu memilih jalan yang senang untuk memiliki sesuatu yang kita gelarkan sebagai WANG..? Kenapa tidak mahu berusaha mencari rezeki yang halal dang sanggup mencuri demi sesuap nasi..?


This thing happen to a friend of a friend of mine who stay in Ipoh, Perak.. He was also a RHB Bank staff yang mempunyai keluarga yang bahagia.


Jeritan suara dari anak serta isteri tercinta dari ganggang telefon pada pukul 2.30 ptg semalam menjelaskan bahawa family nya sedang dalam kesusahan.. Dan apabila tiba di rumah, kelihatan isterinya berlumuran darah, dan anak serta pembantu rumah nya dijumpai dalam bilik air..

Ketiga-tiga saudara itu, telah pun meniggal di tempat kejadian.. Lagi menyedihkan, saudara Encik Jafri Tajul Ariffin menemui mereka dengan penuh kesan-kesan tikaman di seluruh anggota badan.. INNALILLAH..


Lagi menyedihkan, pencuri itu adalah seorang yang mempunyai rekod jenayah dan sewaktu merompak, dia berada di bawah kawalan musuh negara, DADAH..


Bersyukur pada Tuhan yang Maha Esa, pencuri itu dapat ditangkap oleh orang ramai yang berada di sekitar situ dalam lingungan pukul 2.45 petang.


Mari kita sedekahkan Surah Al-Fatihah pada mereka, Puan Wah Yah Mat Zi, adik Ermin Danish dan tak dilupa, pembantu rumah mereka, Dani yang telah pun pergi untuk selamanya..


** Kenapa masih ada manusia, Hamba Allah yang masih mempunyai sifat binatang..?

** Kenapa tak hanya merompak, tak perlu dibunuh..?


Wednesday, May 20, 2009

Tagged from Nazziesama

* when u are crying, that person will hug u and say everything would turn out to be fine
* when u cant do ur own piece of work, the person will say i'll help what u'll need
* when u say u need help, the person will knock on ur door even when that person still have mountain of work to do
* when u are out of love, the person would say its alright
* when u are feeling unhealthy and no other people care, the person will bring u go to the right place u should be at
* when u have no other people around to hang out with, the person will eat with u, make u smile and laugh out loud like there no ones business

am i the person u seek when ONLY u're in these situations? am i that low life that makes u think u can do this.. why are u even doing this...

by the time,

* when u are happy, u'll forget this person
* when u are in love, u'll never notice whether this person is around
* when u are healthy, u'll never ask even when this person is freakin pale
* when u have everybody around, u'll never even say hi to this person
* when u have the attention u want, u'll never talk or hang around no more

i know where i am standing and i noe im not perfect... but at least im not like u. a hypocrite, a twisted tongue and two faced person whom i believed as a friend. thanx for ur "hospitality"...

Staff Di "AnakTiri Kan"

Actually kan, aku tak berapa paham dgn sesetengah company ni tau..?

Put yourselves in my shoe right now..

U had been given a place eg. Documentation, which U came from Customer Service Dept. then, suddenly, U have to go back to Cust. Service Dept for 3 days becoz of something. Then, sure lar U ask for the keys right..? So, what is the problem when somebody replace U during lunch hour, and U lock the drawer which the drawer full of cash..? Suddenly, U kena marah pasal u locked the drawer..? eh, Hello..!! I'm responsible if the money gone or whatsoever..!! the lock for the drawer I pay by myself tau tak..!! I never asked for anything but please respect my authority..

Am I doing something wrong around here, or is it that everybody just getting dumber and dumber by the minutes..? Ntah apa-apa jer..

Van Security Kena ROMPAK..?!!


This morning, while I was driving my beloved car to the office, I heard about this robbery incident, which happen somewhere in Cheras..

I was surprised.. How can this happen..? Are we going to use this so-called "security services", if in 3 years time, there were 3-4 cases similar to this robbery incident..? Somemore, the robber got away with RM8 MILLION...!!

TEPUK DADA, TANYA SELERA..

Monday, May 18, 2009

Pagi hari Isnin Yang Mulia


Pagi-pagi hari lagi, aku dah berjaya melahap satu set McD Breakfast di depan Hospital Ampang di Pandan Indah.. Haha.. Orang lain semua kena kerja, aku sedap duduk sini, menikmati makan pagi yang agak mahal.. haha..
Kitaorang gerak awal gak pagi tadi.. Dalam pukul 7.50 pagi, kitaorang dah pun berada atas jalanraya kat Kesas menuju ke sini.. Start dari Bandar Tun Razak, kalau x silap, jalan dah mula sesak.. Nasib baik kitaorang pakai motorsikal jer.. At, least dapat lar elak jammed tu sikit.. hehe..
Actually, aku tengah menunggu sayang~kuh buat interview kat Menara Maxisegar ni ha.. Biasalah kan, janji Melayu.. Cakap nya pukul 9 interview, dan aku ingat dia sorang jer yang interview arini.. Rupanya, ada 8 orang campur dia yang akan di-interview, untuk satu position sahaja.. Melampau betul lah diaorang ni.. Tau lah orang tgh cari kerja, jgn lah bagi orang putus harapan bila tengok ada ramai yang datang untuk jawatan yang sama..
Pasni, maybe aku akan ke office pulak.. Ada hal yang perlu dibereskan.. Selain tu, awek~kuh pun ada satu lagi interview, sebagai Sales Executive *kalau tak silap lah* kat Jalan 222 gak.. Kat dealer kereta mewah Mitsuoka.. Tapi yang itu, pukul 2 petang karang.. aku tak tau lah nak wat apa sementara nunggu kan pukul 2 tu.. apa-apa pun, itu sahaja berita dari kami di Pandan Indah..

Friday, May 15, 2009

Cari File Setengah Hari


Korang tau tak, kerja arini macam bodoh jer tau.. Aku pergi kerja macam biase, menaruh impian supaya harini berakhir dengan cepat.. Sebab aku dah mula rasa malas nak gi opis.. Maklumlah, kan esok lusa cuti.. Haha..


Lepas Semayang Jumaat tadi, aku pun dah mula rasa happy sebab masa tinggal lagi beberapa jam jer untuk balik.. Haha.. Tetiba bos aku, Mr. Raja Yatimi tu leh pulak jumpa aku.


Yatimi : Johan, tolong I cari 2 files ni.. Need an investigation to make..

Me : Alright..


Aku pun pergi lah kat tempat files.. Sekali file yang di cari tu takde..! Aisehmen..! Mana plak gi nyer ni..??


Me : En. Yatimi, files takde dengan kita lah

Yatimi : Uik..! Mana U letak files tu..?

Me : Eh, mana saya pegang files ni..

Yatimi : Lar.. I pun U there, so that U can handle all the files..

Please find it for me before habis kerja, alright..?

Me : Gggrrrr...


Kacau idup aku jer ko tau tak..? Tak pasal2 aku dgn Baju Melayu, kena angkat kotak-kotak, dengan mencelah antara files to get it. After one hour searching for it, jumpa lah rekod mengatakan yang file tu dah di ambil... Nak tau sapa yang amik? Auditer yang pentingkan diri sendiri, yang tak pandai pulang balik barang yang dipinjam..!! Huh..! Menyampah aku. Tak pasal-pasal Baju Melayu aku renyuk..


Bengong jer..

Ni Lah Tempat Kerja Aku Kat Opis.. Ber kecah eh..? Haha..



Thursday, May 14, 2009

Letih + Ngantuk = Lenguh Dan Sengal

Jam menunjukkan pukul 1.52 Am.. Tapi aku tak ngantuk lagi.. Sedangkan esok dan tentu aku nak kena gi kerja.. kan kan.. Apa nak wat ni.. Leh biol aku..

Tadi laptop ni Offline jap.. Cuak aku dibuat nya.. huhu.. Rupanya silap sendiri.. Haha..

Pada pagi ni jugak lah, aku mula menjajah blog kawan-kawan sekolah dulu.. Tapi, apakan daya, aku hanya sekadar sahabat yang dikenali dari tingkatan 1 sahaja sedangkan diaorg tu berkawan dari sekolah rendah..

Mula-mula, rasa macam kecik ati gak lah, tgk diaorg kuar in-group, jalan sana, jalan sini.. Tapi kemudian aku bersyukur, nak tau sebab apa..? Sebab walaupun aku tak kuar in-group dgn diaorg, aku masih mampu untuk outing dgn member-member lain..

Apa yang aku cuba nak cakap kan ni...? aiyo, dah mula nak melalut dah ni.. Susah kalau aku dah start melalut.. Nak kena lepak kat McD while smoking my L&M cigarette.. Kalau dapat au buat macam ni di kala sengal ni, sure stim kan.. Haha.. nak kuar malas lar pulak.. Sok nak kerja.. Dah balik kerja, malas gak nak kuar, tak nak duit mengalir deras, tapi nak kuar gak, nak menenangkan perasaan yang terpendam dalam jiwa.. Tapi tak nak kuar.. Cam ne tu..?

Korang pikir lah apa yang aku cakap tu.. Tak nak pikir..? Then you'guys shouldn't read this page from the start just now..

Actually, I'm a bit lonely right now.. Not to forget, jealous to other people yang sedap-sedap gi trip ke sana, trip ke sini, tapi sibuk bagitau orang yang "AKU TAKDE SEN LAH".. Kalau takde sen, macamana leh gi trip kan kan.. huhu.. dah jauh aku mengarut nie..

Dah lah..

Gudnite every body.. Aku nak try 'pejam mata' walaupun aku tau yang aku lum ngantuk lagi..

P/S : aku plak yan pening memikir kan apa yang aku baru tulis ni.. ntah apa motif ntah, tulis benda ngarut-ngarut ni.. Tapi, ni kan BLOG aku, suka hati aku lah nak tulis apa pun kan kan..


(^_^) bubbye..

Iklan : Superbike Untuk Dijual



Jenama : Honda
Jenis : CBR 1000RR
Capacity : 1000cc (for surelah, dah nama pun 1000RR)
Plat : WQH 3355 (nombor kahwin punya maa)
Keluaran: 2006
Register : 2007
Price : Rm76,000 (pandai-pandai runding)
Ekzos : UnderTail (Akrapovic)

Advantages


* Limited Edition - Swing Arm datang dari kilang warna hitam
* Ekzos dah convert Akrapovic Full System.
* Dah Buat DynoJet, Dah Install Power Commander
* Mileage Baru Kurang Lebih 22,000KM
* Owner Berpengalaman (Dijamin Owner Accident-Free)
* Yang Penting... Motor Still Look Like New.. Hehe..

Harga di buka pada Rm76,000 sapa berani cuba bawak berunding tentang harga, boleh lah terus
contact:

En. Azhari - 019 3485 832

The rest of the picture, sila slide ke bawah ye.. TQ.. (^_^)































Tuesday, May 12, 2009

Sony Ericsson C510

Korang nak tau tak.. Aku ternampak akan kelibat telephone ni kat PowerScreen di Cross-Junction depan Summit USJ.. Cara diaorng buat marketing, memang marvelous lah.. Sampai aku terpikat nak membelinya.. Walaupun masih ada phone K810i yang masih dalam keadaan elok, nafsu untuk aku memiliki phone ni, begitu tinggi.. Haha..

Kebaikkan:

* Slim
* Warna yang menark ( Hitam Kilat dan Silver)
* Camera 3.2 MegaPixels Auto-Focus
* Keypad nya seronok untuk ditekan.
* Resolution gambar cantik
* Video camera jauh lebih jeas dari C905.
* Market Value: Rm1,300 for Ori Set. (Harga kurang lebih lah tu)

Maka aku pun beli lah beberapa minggu yang lalu.. ber"cable"kan kawan sekolah dulu, aku dapat Original Set dgn harga Rm900 sahaja.. Wakaka.. Punya suka waktu tu..

Sekali bila dah pakai kan, Terasa akan kerinduan pada S.E K810i.. Nk tau apsal..? Ha..

Keburukkan C510:

* Camera 3.2 MegaPixels tak setanding dengan K810i
* Walaupun sama jer, dua-dua pun Cyber-shot, tapi gambar K810i lebih memuaskan hati.
* 3G untuk c510 tak stabil.
* Senang "hang"
* Amik masa yang lama untuk bukak menu.

Frust aku dengan phone baru nie.. Jadi, untuk mengelakkan aku berasa lebih frust, aku bagi Nazziesama pakai phone tu.. Benci, Menyampah, Meluat, Geram (sbb kena tipu dgn media) dan macam-macam lagi lah yang aku rasa.. Tapi pelik pulak, bila Nazziesama pakai, dia takde pulak complain apa-apa.. hmm... Ragu-ragu pulak aku.. Haha.. Takpelah, janji dia bahagia dgn phone tu..

~Bubbye~

Sunday, May 10, 2009

Pak Cik Kayo..!!


Haha.. Best giler bila masa tak cukup duit ni, duit datang dgn melimpah.. haha.. Kalau hari-hari aku dapat duit macam ni, sure aku amik sebiji rumah 3 tingkat kat Subang Jaya ni, atau aku beli 1 Apartment kat Suriamas, kat Bandar Sunway.. haha..

Tapi, itu semua hnya angan-angan, yang mana akan jadi kenyataan dengan iringan doa dari diri sendiri, mak bapak aku, dan korang semua kat luar sana yang menganggap aku sahabat.. Orait..?

Peace to all of you...

9-May-09 Gi Sunway Lagoon

Haha.. To those yang tak pergi Sunway Lagoon, waktu kitaorang ajak, korang mmg rugi tahap gaban.. haha..

Kitaorang berkumpul di kedai mamak tepi Sunway Pyramid around 10 AM, waiting for Razi yang suka buat janji melayu. ~no offense Razi~ Sesampai jer Razi, aku pun gi lah cari parking dalam Sunway Pyramid before we re-rendervous again in front of Sunway Lagoon. Since that, we went in using group tickets, Syaril have to deal with it.. Haha.

We went it at about 11 AM. Sekali waktu nak masuk, ada staff pulak yang check baggage.. Ini lagi 1 hal, aku bawak air botol.. Tak pasal-pasal, aku kena buang air tu, just to fill it up again inside.. ntah apa-apa jer prosedur diaorang ni.. Tapi nak main air punya pasal, sanggup buang air mineral dalam tong sampah & dalam pasu bunga.. haha.. Just need to empty bottle to refill inside.. hehe..

Tak ku sangka yang locker dia chomel jer.. masuk beg aku, kasut aku, dah penuh satu locker.. Dah tu, satu token jer yang diperlukan, tapi satu token dia berharga RM5..!! Gilos.. Haha.. Kitaorang main bahagian Amusement Park dulu.. and after that, baru gi kat Water Park.. Unfortunately, takde gambar waktu kat Waterpark.. So, all I have are the pictures below.. Enjoy..












































Saturday, May 9, 2009

Heppy Mother Day, Mama..


Walaupun Ari Ibu jatuh pada Hari Ahad ni.. itaorang, terutama sekali adeq aku, Nazziesama tu, dah sibuk nak bagi present kat mama kitaorang.. so, nak tak nak, tepat detik 12 tgh malam ~waktu Malaysia~ mama pun terpaksa menyarung kain baju kurung songket, yang telah ditempah khas, untuk Mama~kuh.. haha..


Makanya, sibuk lah kitaorang nak amik gambar mama untuk diabadikan di dalam server kitaorang.. Dua gambr ni jer aku leh bagi tgk.. Yang lain, P&C tau.. haha..



Ni lah gambar kitaorang yang dipetik pada pukul 12 tgh malam.. Hehe..

Thursday, May 7, 2009

Konvoi Jelajah Langkawi 1 May 09

Sorry, it took more than a week for me to write bout this trip.. al-maklumlah.. bukan sikit kerja yang perlu dilaksanakan selepas bercuti selama 5 hari berturut-turut.. hehe..

1 May 09

Aku dan akak aku siap sedia pada pukul 3 pagi untuk memulakan perjalanan ke tempat berkumpul, R&R Sg Buloh NorthBound. We reached there about half an hour later.. Lepas, breakfast, chit-chat dgn budak-budak yang aku tak pernah bersua, dan taklimat ringkas ttg perjalanan kami, kami pun memulakan perjalanan pada tepat jam 5 pagi.. Sorry, got no pictures that lovely morning as me and my sis, dua-dua tgh mamai..

kitaorang berenti kat R&R Tapah sebagai pit-stop pertama kitaorang untuk isi minyak, makan alas perut, minum, rokok dan sebagainya lah.. From there forward, aku melantik diri ku sendiri untuk jadi sebahagian dari Marshal yang ada sbb penat duduk dalam konvoi.. Haha..
To make story short, kami sampai di Highway Auto-City, Sungai Petani pada pukul 10 pagi. Yang ini mmg berenti untuk makan pagi yang ala-ala berat gitu.. haha.. Waktu ni yang agak kami amik gambar.. Tapi, malang sekali, banyak gambar akak aku.. huhu.. Nah, aku letak gambar ni dulu eh..




















Dari sini, kitaorang pun bergerak ke destinasi yang dituju, iaitu Jetty Kuala Kedah.. Kitaorang sampai sini dalam lingkungan pukul 1 tgh hari. Panas giler wa cakap lu..!! Nasib baik wa tak giler kat situ gak.. hahaha.. Letak jer motor kat pelantar, kitaorang kena jalan kaki dari situ ke jetty pulak.. ingat kan dekat, sekali dah 10 minit jalan kaki, tak sampai lagi daa...


Perjalanan diteruskan dgn menaiki ferry selama 1 jam 45 minit lebih kurang dan kami telah pun tiba di Pulau Langkawi.. Seronok gak lar dah samai sini untuk kali keberapa ntah dengan motor.. dulu motor tinggal kat Semenanjung, Yang trip ni pulak, motor pun ilut ke Langkawi jugak, lagi best kan kan.. haha.. Cuma motor sampai agak lambat, around 7.30 pm.. Sesampai jer kami di Langkawi, kami disambut oleh sekumpulan motor dari sini, LANGKAWI PIRATE BIKERS. Yang ni bukan stail Bandit eh, mereka tergolong dalam golongan professional, yang mana abg pirate ni, semua mengikut spesifikasi undang-undang dan keselamatan jalanraya.. hehe.. berceramah la pulak..

Me and my sis ditempat kan di Nadias Inn di Pantai Chenang. Maka tamat lah perjalanan untuk hari pertama..

2 May 09

Semua di kehendaki berkumpul di hadapan Awana Porto Malai pada pukul 8 pagi, untuk program Jelajah Langkawi '09. Lawatan pertama kami, Laman Padi. sayang sekali tempat ni macam tak terbela a.k.a tak diselengara dgn baik.. Kami sampai dalam pukul 10 pagi dan agak mengecewakan apabila dapat tau yang tempat tu hanya beroperasi pada pukul 12.30 PM.. huhu..




Selepas berada di sana untuk 30 minit, kami ber gerak pula ke Cable Car, Beras Terbakar, Pasir Hitam, dan yang klimaks skali, Makam Mahsuri. Di Makam Mahsuri, kami pun berenti jap xtvt untuk makan tgh hari, dan memberikan sumbangan pada golongan OKU yang berada di Pulau Langkawi...


Sebelum xtvt Jelajah Langkawi ditamatkan secara rasmi, kami singgah sebentar di Dataran Lang.. Ala, dataran yang ada patung helang kemain bagak besar tu lah..

Di situ, kitaorang di beri peluang untuk mengambil gambar kenangan bersama-sama dan selain tu, aku dapat jumpa kawan lama merangkap bekas yang terpaksa jual motor aprilia nya untuk menyambung pelajaran beliau, Mr. Ivan.

After petik-king a few gambar, me and my sis pun mula merayap gi cari cokelat.. hehe.. Yum Yum.. I like chocolate.. hehe..







At 6-7 o'clock, we had to send back our beloved bike to Dermaga, so that dapat hantar balik ke Semenanjung untuk perjalanan balik esok..


End of story for the second day..


3 May 09


Bangun pagi tu, suasana agak muram, sbb ramai yang tak nak balik, antara nya aku lah.. haha.. kitaorang breakfast, kemas baju dan segalanya, dan telah oun berada di Jetty Langkawi untuk jadual perjalanan pada pukul 12 tgh hari.. Poor unfortunate soul, we had to wait untill 2.30 pm since that from that early morning, till afternoon, hujan belum berhenti lagi, dan cuaca di tengah laut oula, ombak bergelora.. So, our ferry delay for more than 2 hours.. It was quite irritating that you have to wait for something, with nothing to eat, and nothing to do.. u know what i mean..?


We reached Jetty Kuala Kedah again t about 4 pm and everybody started to feel hungry again.. so, before we start our journey, we go makan first.. haha..



At about 5 o'clock in the evening, everybody were already on their bikes, menunggu masa untuk bergerak balik ke hala tuju masing-masing.. Kami hanya tiba di R&R Sg Buloh SouthBound pada pukul 3 pagi esok nya.. Amin..




Kesimpulan :


1: Perjalanan penuh disiplin.


2: Teratur, dan Terancang.


3: Aku happy dah lama tak ride macam ni.


4: Masing-masing pandai jaga diri.


5: Hope to have another trip like this.

hehe.. okay lah, aku pun dah tak brape ingat apa yang terjadi lagi.. so, on the way back, these are some picture to share with you'guys.. Peace to all.

Good night and Assalamualaikum.





Kucing Yang Kepenatan

Aku Malam semalam gi kuar dgn member-member untuk menyantap @malantak Nasi Lemak Sempoi kat Uptown Shah Alam.. Kalau korang pergi sana, korang kena try nasi lemak dia.. Bagi diri aku yang cerewet ttg makanan ni, aku agak berselera untuk menghabiskan 7 Bungkus nasi.. haha.. 7 Bungkus tu bukan banyak pun.. Aku tak nak letak gambar.. Korang nak tau macamana rupanya nya, krang kena lah gi sendiri.. Haha..


Lepas makan, kitaorang pun exercise sikit, dengan meronda dari satu lorong ke satu lorong, dgn harapan, nasi lemak tu dapat dihadam dgn baik..

Jalan punya jalan, sekali aku sampai kat satu kedai jual stiker keta.. Dan yang menarik perhatian aku ialah....


Seekor Kucing yang agak gemuk, dan comel tgh tergolek kat tepi sudut, atas meja bersebelahan stiker yang dijual.. haha..
Punya lah sedap dan khusyuk dia tidur, sampai kan aku tiup muka dia dgn haruman Nasi Lemak dalam perut pun, dia tak sedar diri..!!! Hampeh aku cakap.. Buat geram jer mandang kan kucing yang pemalas ala-ala Garfield.. Bukak mata sikit pun tak nak.. punya lah kucing ni nak melayan kan mata nya untuk tidur.. Haha..

Wednesday, May 6, 2009

Konvoi Darul Attiq

Hai kawan-kawan.. this story was few weeks back.. just wanted to share it with the others.. hehe..

We ~bikers~ had created for ourselves, a new team, which is base in Puchong Utama.. We call it Puchong Bikers, which is handle by Mr. Khairul Hafidz fromTabung Haji Plantation.. It was created at 12AM 1st January 2009. Haha.. Suka-suka jer pilih tarikh tu.. takde apa yang istimewa pun..

So,, for our first trip, we went to this one old Madrasah in Batang Kali. They call it as Madrasah Darul Attiq. We chose 25th April 2009 as our date since that, it fall on Saturday.. We gathered in Puchong Utama at 8 o'clock in the morning..


Supposed we started our journey at 8.30 AM sharp, but as we all know, kita ni kan banyak yang Janji Melayu.. Haha.. After waitin, and keep on waiting, then we were on our wheel at 8.45AM sharp..


From Puchong Utama, we use LDP highway and we passed over IOI Mall to get ourselves to Jalan Kuching.. After about 30-45 minutes, we reached Petronas Station which is located at the junction going towards Ulu Yam.. We gathered with a few biker club from Kuala Kubu Baru, Rawang, and even Semenyih Bikers.. So, altogether, there were about 50-60 of s, whom were so ready to take over all corners in Ulu Yam, and Ulu Yam Baru.. haha.. We Reached the Madrasah an hour earlier than we estimated.. So, without further due, kitaorang pun rushed jer la masuk ke dalam kawasan tu..




Tempat tu leh tahan besar nya gak.. Yang bukak kawasan tu adalah Ustaz "sumhin-sumthin", I couldn't remember his name.. He got that -Darul Attiq- name from his dream, which in that dream, his father told him to take that name as that name is quite "mulia" di sisi Allah..


He quite old already. He take good care of that Madrasah by some help from the outsiders.. There's no government fund, no NGO been helping them, as if they done nothing.. but, if you go there,and you feed your eyes with the scenery, the quiet-ness, the peace, and the harmony, you yourselves know that the place is a good place to raise a child..



We were there for about 3 and half hours, listening to the founder, then, we had our lunch with them also.. Lepas semayang Zuhur, kitaorang pun balik..

For you info, perjalanan kali ni memuaskan. Walaupun ada silap dan salah yang kami buat, kami redha. Kerana segala yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk datang dari diri kami sendiri..

See you'guy in my next session.. bubbye..