Thursday, September 20, 2012

Adakah Dia masih Isteriku di Akhirat Kelak..?

Pernahkah anda mendengar soalan ini…

Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?

Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.

Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.



Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.



2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.



3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.



4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.



5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga SEKIRANYA suami itu menjadi ahli syurga.



Wednesday, September 19, 2012

Perjalanan yang santai

Holla semua... Arini aku nak tulis lagi sementara menunggu photocopy agreement dalam proses tu...

Arini aku kuar dari umah dengan ell at about 7.25 am... Dengan kelajuan tak cecah 92km/j, kami mengharungi Elite Highway sampai Exit Ebor... Kat situ jammed sikit aje pagi ni, so tak lerr tension sangat kan...

Then dari situ, kitaorang slow cruise di Federal Highway untill exit Subang Airport... Thought of using the U-Turn just before Citta Mall to HQ RapidKL, but it seems that jammed yang ada tadi macam lebih teruk dari semalam, aku decide untuk U-Turn di Roundabout Terminal 1 (dalam kenangan)...

From there, slow cruise dalam jalan motor, until simpang office ell....

Two things to learn from two days teman ell ke opis:

1) Hargai persekitaran... Bawak slow-mo bagi aku peluang untuk tengok kiri kanan lebih kerap...

2) Belajar untuk terus bersabar, bersabar dan bersabar atas jalanraya dengan kerenah manusia yang pikir roadtax dia bayar mahal sangat, men-sailang orang tanpa tengok side mirror, macam kereta dia tu kebal sangat, sambil hisap rokok jamban jenama Astro dengan spek Oakley buatan Uptown Damansara..

Sampai opis, masih ada masa untuk menibai roti telur dan bergelak ketawa dengan budak-budak opis...

Kesimpulan : keluar awal, memberi banyak masa untuk kita menikmati segala kemudahan yang diberikan Allah s.w.t kepada umat-Nya... Keluar lambat, memberi kelebihan untuk test power motor, dan keberanian diri mencelah dengan kelajuan yang menggila...

Apa yang dapat ku katakan :

Setiap perkara ada buruk baik nya...

Bye bye korang...