Friday, September 21, 2012

Keluar dari benak fikiran ku, Please..!!~


As Salam…

After had my lunch in KunThai, Petaling Garder nearby, we went back to office.. The weather was much hotter than before as we rode down to PJ State.. I managed to go through jammed in front of Masjid Jamek, near Assunta Hospital with patience..

Adoyai… Tetiba speaking la plak…
Actually kan, bila otak dan akal tidak berhubungan sebaik biasa, perkara paling biasa terjadi ialah, coretan yang tiada penghujung..

Camne lah kekadang manusia-manusia ni mampu mengharungi perkara perkara mereka dalam kehidupan harian..?

Camne mereka mampu menemani teman hidup masing-masing sehingga mampu meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-30 macam mama dan papa..?

Camne lah separuh manusia ni, mereka mampu membeli sebuah superbike, bigbike, touring bike dengan meletakkan cash depan mata, sambil tersenyum, padahal dirumah beratur lagi 5-6 bijik, menunggu untuk dinaiki..?

( Ayat seterusnya ni takde kena-mengena dengan sesiapa, sila jangan risau )
Camne lah separuh umat Muhammad ni, mereka mampu membelanja kekawan mereka, makan minum seolah-olah mereka sedang membayar zakat di rumah anak yatim..?


Camne mereka boleh berjalan jauh, tanpa perlu memikirkan family masing masing yang ditinggalkan dirumah..?

Camne ada boss-boss ini, mereka boleh terus bekerja ditempat yang 92 percent staff langsung tak menyukai kehadiran mereka..?

Camne mereka boleh terus berkawan, padahal kawan nya itu amat membenci akan kejayaan mereka..?

Camne..? Camne..? Camne..??

Jom ke pertanyaan seterusnya ; KENAPA..?

Kenapa harus kita terus menjadi kuli dan hamba kepada kerja..?

Kenapa harus bekerja, jika dengan bekerja pun, kita masih meminta simpati..?

Kenapa meminta simpati, jika diri sendiri tak mao berubah..?

Kenapa aku MERAPU tak tentu hala, jika hati ini terus merasa gundah-gulana..?

Aku pernah terbaca akan petikan ni ;

“ Apa Yang Paling Kita Nak, Itulah Yang Paling Kita Takkan Dapat “
“Tidak Akan Kamu Berperasaan Gundah Walau Sekali, Jika Kamu Tahu Apa Yang Kamu Cari”
  • Sumber : Kartini
  •  Pelukis / Penulis : Tembakau



Kekadang aku ada jugak terasa seolah-olah, Novel dari koleksi Majalah Ujang ni, hampir sama dengan hidup aku..
Bertapa kekadang aku menginginkan sesuatu.. Sesuatu yang berharga, Sesuatu yang tidak ternilai dek matawang Ringgit Malaysia, namun kalau aku hanya asyik menginginkan sesuatu tanpa ikhtiar, camne nak dapatkan…
Tapi kekadang, lain plak jadi nya.. Setelah aku berhempas pulas.. Setelah aku dan family bersusah-payah dikacau.. Aku berjaya mendapatkan apa yang aku ingin kan..
Tapi KENAPA bila dah dapat, kekadang rasa cam kecewa dengan tindakan nekad itu..?

Tak pernah aku mengatakan yang Tuhan itu tak Adil.. Sebab as we all know, Allah Maha Besar, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Adil dan bermacam-macam lagi sebutan yang menunjukkan bahawa Tuhan tidak pernah meniggalkan kita..

Cuma kekadang, terdetik di hati, adakah kerana aku banyak melanggar perintah-Nya, meninggalkan suruhan-Nya, tidak mencari akan keredhaan-Nya, aku “sedikit dipinggirkan”..?

Iye, setiap apa yang terjadi adalah disebabkan oleh kita sendiri.. Yang baik datang dari Tuhan yang Satu, yang buruk datang dari kita sendiri.. Tapi banyak sangatkah keburukkan yang aku buat, hingga aku berada di takuk sekarang..?

Tak susah menjadi seorang lelaki di bumi Allah ini jika kita tahu apa tujuan kita dilahirkan.. Aku takkan membidas akan penyataan tersebut.. Kerana tiada apa yang boleh membidas-Nya.. Namun, ingin sekali aku bertanya, apakah tujuan-Nya menjadikan aku di bumi yang fana ini sebagai lelaki..?

Ayat mama pernah cakap kat aku “ Mama penat tau.. Mama kena jaga hati papa, mama kena jaga hati mas, mama kena terima perwatakkan Naz, mama kena jaga hati jo, hati Ell, Hati mama siapa nak jaga..?” Iye benar, tak ramai orang yang boleh jaga hati sorang mak.. Bak kata mama dan kebanyakkan buku Bahasa Melayu pun “ Mak boleh jaga TUJUH anak, tapi amat susah untuk TUJUH anak itu nak jaga mak mereka”
Tapi kekadang tersirat di hati ni, Aku aje yang lelaki dalam umah bila papa gi kerja.. kata terbuang, jika apa apa terjadi pada papa, maka aku juga lah yang akan pikul sedikit sebanyak tanggungjawab yang papa dok jaga selama ni... Aku pun punya hati... Tapi Hati aku plak sapa nak jaga...?

Aku ditemani akak aku, Cik Normasilla, adeq Emo aku, Cik Nurnazura, dan mama ku selama aku ingat.. In fact, selama aku hidup, mereka lah peneman aku.. mereka kawan berborak, mereka kawan simpan rahsia, mereka kawan bergaduh, mereka kawan bermain, mereka jugalah kawan belajar..

Aku boleh meng”adapt” sifat naluri perempuan dalam kehidupan sehari-hari aku, kerana aku lama ditemani perempuan dalam keluarga Ponijan..
Banyak gak perkara yang aku boleh ikut, mendengar rintihan adeq jika dia dalam masalah.. berborak dengan Mas pasal dia tak dapat naik motor lagi buat sementara waktu sebab mama dan aku masih takut nak bagi, mendengar mama complaint pasal itu-ini...

Semua tu aku boleh serap dan “buang” dari akal fikiran selepas mereka merasa senang..
Namun, mengapa bila aku sendiri sedang dilanda masalah, aku tak mampu nak membuang masalah ini dari benak fikiran aku..?

Kenapa..? Kenapa..? Kenapa..?

Petikan dari cerita Soal Hati lakonan Afdlin Shauki dan Erra :
“ Tanpa Keberanian, Mimpi itu Takkan Bermakna “

A’ah kot.. mungkin keberanian aku tak sampai level tu lagi..
  • Aku belum berani nak menyentuh tanah Tahiland sejak 2003..
  • Aku belum berani nak ber anak, kerana aku masih takut takut dengan perbelanjaan aku..
  • Aku belum berani nak beli rumah sendiri, sebab aku bukan jenis yang duit sentiasa ditangan..
  • Aku belum berani nak berhadapan dengan crowd, sebab body ku yang SEKSA nih.
  • Dan Aku belum berani nak mengambil tindakan tanpa meminta nasihat sesiapa, kerana aku takut, tindakan yang aku ambil membawa kepada kerugian yang amat besar..
Senang cerita, masih banyak benda aku belum berani buat, hasil dari segala akibat perbuatan aku sebelum ni..

Bodoh kan…??

Aku menap ni kat Microsoft Words… Ikut Words, aku dah menaip masuk mukasurat yang ke-3 dah ni.. Tapi tak achieved apa-apa pun..
Macam GAMPANG kan…!!~

 Chow dulu lah.. aku nak ride dengan Versys aku ke mana-mana, hilangkan sikit perasaan Gundah di hati ni…~

2 comments:

  1. panjangnyaaaaaaaaaa!!!!!!!

    tak bodo. tp cuba jadi lebih dewasa ok :)

    mana ada manusia yg puas dgn apa yg Allah dah kurniakan pd dia. walau sebaik mana pon kehidupan dia, sure ada yg dia tak puas ati. walau seperfect mana pon org lain tgk, dia yg tanggung kita tatau cane rasa.

    so be positive on yourselves. take care bro.

    love u forever insyaAllah

    ReplyDelete